Sunday, May 20, 2007

Berita dari KMM


Perpisahan, dari kami penuntut KMM =)



Seramai 23 orang thirdfivers telah mendaftarkan diri le Kolej Matrikulasi Melaka sesi 2007-2008 pada hari Isnin yang lalu. Mereka adalah: Acap Musik, Acap Boye, Paid, Syahir, Firdaus Kinawan, King, Hakim, Munirah, Didi, Kerun, Nadia, Jien, Yas, Safawati, Seha, No'in, Ce' G, Faridah, Syera, Dijah, Zahirah, Faizza dan Ain.



Sewaktu riadah Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMM.




Jadual waktu pada Minggu Pengurusan Pelajar Baru ni memanglah sangat pack. Kami dikehendaki bangun seawal 5.00 pagi untuk bersiap ke surau untuk solat subuh berjemaah seterusnya mendengar kuliyah subuh.

Disebabkan terlalu ramai pelajar yang ingin ke 4 kafeteria yang disediakan pada satu-satu masa (kesluruhan pelajar seramai 21++ orang), keadaan jadi terlalu sesak menyebabkan banyak masa dibazirkan di kafeteria sahaja. Kebiasaanya, kami tidak sempat untuk makan dan selalunya kami akan membeli makanan siap2 pada waktu yang tidak sibuk dan menjamahnya selepas sesuatu program selesai. Program pada waktu malam berakhir pada pukul 11.00pm.



Tema pakaian Minggu Pengurusan Pelajar Baru KMM kali ini adalah, BERSAMAMU...



Pada hari Isnin ini, bermulalah sesi kuliyah kami. Kuliyah kami terbahagi kepada beberapa kumpulan kuliyah, praktikum dan tutoran. Test Math dan Kimia akan diadakan tak lama lagi.. Doakan kami, dari Matrik Melaka.



*Moderator, KMM.

No comments: