Saturday, May 12, 2007

Selamat Hari Guru 2007

Disebabkan moderator tak dapat nak update blog pada Hari Guru yang bakal tiba nanti, jadi moderator mewakili Thirdfivers nak ucapkan Selamat Hari Guru in advance kepada semua guru-guru yang telah banyak berjasa mencurahkan ilmu, keringat, masa dan wang ringgit kepada kita semua bagi memastikan kita dapat menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Hargailah dan manfaatkanlah ilmu-ilmu yang dituntut itu sebaiknya sampai bila-bila walau ke mana sekalipun arah tuju kita selepas ini. Jasa guru-guru, terlalu besar harganya...

Hari khamis lalu, moderator sempat ke sekolah. Tapi tak sangka pula ada sambutan rasmi Hari Guru 2007 yang dihadiri oleh tetamu kehormat Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Lepas tu moderator telah dipaksa oleh sesetengah pihak untuk mengambil gambar! isk isk.. kena buli. hehe.




Selamat Hari Guru



belon besar yang comel..



eh, ape semangat ngat tu?



wah wah.. glemer2 cikgu-cikgu bila jurugambar sibuk nak amik gambar.


NOTE: click at the picture to enlarge.

1 comment:

Anonymous said...

kui3 moderator pic pakse tuh pn.norlia sorang jek pndg kamu ler...ekekeke
maybe rindu kot~ ^-^