Wednesday, July 16, 2008

kisah zulqisti lak...

In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious...

assalamualaikum wbt...
pada minggu lepas, Qisti telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang appendixnya..tetapi bukan sahaja appendixnya dibuang malah sebahagian daripada usus besarnya dibuang sepanjang 10cm...ini menyebabkannya terlantar di hospital putrajaya untuk penjagaan selanjutnya...
menurut King dan rakan2 yang telah melawatnya di Putrajaya, Qisti tidak dapat makan mahupun bercakap kerana dia tidak bermaya untuk melakukannya malah dia hanya bergantung kepada saluran yang disalurkan melaluinya...berikutan itu segala hasil nyahtinjanya juga dikeluarkan melalui mulutnya kerana usus besarnya masih lagi dalam proses pemulihan..
walaubagaimanapun, keadaannya stabil dan hanya menunggu untuk pemulihan sepenuhnya...semalam ibu dan ayahnya telah membawanya pulang ke penang...
jadi bersama-sama kita berdoa untuknya agar cepat sembuh..insyaAllah..
apapun cuba hubungi keluarga dia untuk segala pertanyaan... -kam

Sunday, July 6, 2008

Muhammad Noor Asyraf dalam kenangan..

in the name of Allah. Most Gracious, Most Merciful.

Alhamdulillah arwah Muhammad Noor Asyraf selamat dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam pagi tadi..suasana suram menyelubungi masjid seksyen 17 sejak dari pagi tadi hinggalah ke tanah perkuburan..ramai 3rd5rs yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham..begitu juga dengan sahabat-sahabat, guru-guru dan sanak saudara yang hadir...

selepas selesai solat jenazah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.. En. Sadni iaitu bapa kepada arwah, tidak lupa juga keluarga beliau memohon agar segala silap dan salah ataupun perkara yang tidak menyenangkan hati yang telah dilakukan oleh arwah semasa hayatnya dimaafkan..makan, minum dan ilmu dihalalkan...jadi aku mengharapkan kita sebagai insan yang dhaif ini memaafkan segala kesalahan yang mungkin dilakukan oleh arwah..makan dan minum serta ilmu dihalalkan la ek...sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya, inikan kita...

walaubagaimanapun ini merupakan satu pengajaran buat kita yang masih hidup, yang masih mampu berkata-kata, yang masih mampu bernafas dan masih lagi mampu untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik...bukankah umat Islam itu harus menjadi lebih baik dari hari semalam? jadi sama-sama lah kita muhasabah diri kita ini..adakah amalan kita ini cukup untuk bertemu yang Maha Esa? siapa tahu? esok atau saat selepas ini mungkin tiba giliran kita pulak kan..yang hidup itu pasti merasai mati kecuali yang Maha Berkuasa Sekalian Alam...sama kita mendoakan kesejahteraan arwah dan terselamat dari siksaan kubur dan api neraka..amin ya rabbal a'lamin...

mungkin post kali ini agak panjang tetapi tidak sepanjang tempoh arwah bertungkus-lumus melawan penyakitnya..mungkin ada hikmah dan pengajarannya buat kita..kita ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk untuk muhasabah diri...sekian untuk saat ini..

Daripada Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah SAW bermaksud : “Apabila mati anak Adam , maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, : Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain atau doa anak yang soleh.” - [Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad]

Saturday, July 5, 2008

al-fatihah...

Dear friends...
I was deeply saddened to hear about Noor...
I know how difficult this must be for him. He is in our thoughts and prayers.
He was such a kind, gentle soul...
He would do anything to help someone in need...
He always trying to make us happy even though he is not...
I know how much we will miss him...

I encourage you to draw on your strength and the strength of your family. You could use your special talent of scrapbooking to make a lasting memory book of life..
May God bless you and your family during this time and the day after...

Due to that...the parade will be at 10.00 a.m tomorrow..please be there earlier..keep in mind that the place is at seksyen 17 s.Alam..any enquiry please contact us as soon as possible..

ini petunjuk ke rumah Noor :

17/12 , jalan todak, kalau datang dari traffic light sebelah kiri(aku pun tak tau yg mane 1) tapi dekat ngan panasonic then belok kanan..terus je sampai jumpa roundabout..amek jam 12 n akan nampak bus stop..masuk lorong sebelah bus stop tu...
akan ade kedai2 then belakang tu ada rumah teres setingkat..ingat 17/12 k..
ini saje yang aku dapat tolong..kalo ada yang lebih specific dan senang sila bagitau k..

lagi satu ini untuk solat jenazah :
tempat : masjid seksyen 17
masa : 8.30 a.m

p/s: I hope u guys can be there...and dont forget to tell others too..assalamualaikum.. -kam

noor asyraf's condition

i just received a message from our friend - Afiq,
its all about noor's condition...the message was :

kepada sahabat-sahabat Muhamad Noor Asyraf, diharap dapat menghalalkan makan minum dan segala kesalahan yang telah beliau lakukan kepada anda. Kami mengaharap teramat kemaafan dari anda. Asyraf sekarang tenat sangat. Tolong sampaikan mesej ini pada rakan-rakan yang mengenali beliau...

from keluarga Asyraf

diharapkan semua dapat mendoakan beliau dan tolong sebarkan kepada rakan-rakan yang lain ek..sebarang pertanyaan boleh kemukakan di chat window k..thx -kam