Wednesday, July 16, 2008

kisah zulqisti lak...

In The Name of Allah, The Most Merciful The Most Gracious...

assalamualaikum wbt...
pada minggu lepas, Qisti telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang appendixnya..tetapi bukan sahaja appendixnya dibuang malah sebahagian daripada usus besarnya dibuang sepanjang 10cm...ini menyebabkannya terlantar di hospital putrajaya untuk penjagaan selanjutnya...
menurut King dan rakan2 yang telah melawatnya di Putrajaya, Qisti tidak dapat makan mahupun bercakap kerana dia tidak bermaya untuk melakukannya malah dia hanya bergantung kepada saluran yang disalurkan melaluinya...berikutan itu segala hasil nyahtinjanya juga dikeluarkan melalui mulutnya kerana usus besarnya masih lagi dalam proses pemulihan..
walaubagaimanapun, keadaannya stabil dan hanya menunggu untuk pemulihan sepenuhnya...semalam ibu dan ayahnya telah membawanya pulang ke penang...
jadi bersama-sama kita berdoa untuknya agar cepat sembuh..insyaAllah..
apapun cuba hubungi keluarga dia untuk segala pertanyaan... -kam

No comments: