Sunday, July 6, 2008

Muhammad Noor Asyraf dalam kenangan..

in the name of Allah. Most Gracious, Most Merciful.

Alhamdulillah arwah Muhammad Noor Asyraf selamat dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam pagi tadi..suasana suram menyelubungi masjid seksyen 17 sejak dari pagi tadi hinggalah ke tanah perkuburan..ramai 3rd5rs yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham..begitu juga dengan sahabat-sahabat, guru-guru dan sanak saudara yang hadir...

selepas selesai solat jenazah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.. En. Sadni iaitu bapa kepada arwah, tidak lupa juga keluarga beliau memohon agar segala silap dan salah ataupun perkara yang tidak menyenangkan hati yang telah dilakukan oleh arwah semasa hayatnya dimaafkan..makan, minum dan ilmu dihalalkan...jadi aku mengharapkan kita sebagai insan yang dhaif ini memaafkan segala kesalahan yang mungkin dilakukan oleh arwah..makan dan minum serta ilmu dihalalkan la ek...sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya, inikan kita...

walaubagaimanapun ini merupakan satu pengajaran buat kita yang masih hidup, yang masih mampu berkata-kata, yang masih mampu bernafas dan masih lagi mampu untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik...bukankah umat Islam itu harus menjadi lebih baik dari hari semalam? jadi sama-sama lah kita muhasabah diri kita ini..adakah amalan kita ini cukup untuk bertemu yang Maha Esa? siapa tahu? esok atau saat selepas ini mungkin tiba giliran kita pulak kan..yang hidup itu pasti merasai mati kecuali yang Maha Berkuasa Sekalian Alam...sama kita mendoakan kesejahteraan arwah dan terselamat dari siksaan kubur dan api neraka..amin ya rabbal a'lamin...

mungkin post kali ini agak panjang tetapi tidak sepanjang tempoh arwah bertungkus-lumus melawan penyakitnya..mungkin ada hikmah dan pengajarannya buat kita..kita ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk untuk muhasabah diri...sekian untuk saat ini..

Daripada Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah SAW bermaksud : “Apabila mati anak Adam , maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara, : Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain atau doa anak yang soleh.” - [Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad]

4 comments:

Anonymous said...

salam....takziah kpd keluarge arwah....smoge arwah ditmptkan dklngan orng2 yg beriman dan soleh...al-fatihah

Anonymous said...

salam....maaf 1000X aku tak dapat ke shah alam...takziah kpd keluarga no'or...hrp2 dpt bersabar mghadapi dugaan.
n kwn2...jgn lupakan no'or biarpun jasadnya dah tak ada dengan kita lagi.dia masih perlukan bekalan drp kita semua.rajin2la bacakan yasin utk dia atau paling koman pun al-fatihah yang komfem sume 3rd5ers boleh baca....
semoga rohnya bahagia dalam kalangan syuhadaaiwassolihin....

sakibakidaki said...

semoga rohnya no'or tenang disana.

Anonymous said...

semoga roh Arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T ....

Kullu nafsin Zaaiqatul mauut